Ayah Meninggal, Mak Lari, Saya lapar…

Viral

‘Adik Mydin’ ketika pertama kali ditumpangkan naik kereta oleh Nurul Ain.Tidak semua di antara kita lahir dari keluarga yang berada, penuh kasih sayang dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Apa sahaja yang diminta pasti akan ditunaikan.

Namun ada juga yang sebaliknya, lahir dalam keluarga yang serba kekurangan.

Mengharapkan belas ihsan pada mereka yang sudi menghulurkan bantuan.

Kisah adik ini tak kurang sedihnya, apabila sejak kecil pada usia 1 tahun lagi dia sudah berhadapan dalam keadaan yang serba kekurangan ditambah pula keluarga yang p0rak peranda selepas kemaatian ayahnya.

Perkongsian wanita ini yang terjumpa murid tersebut ketika berjalan kaki pulang dari sekolah sudah pasti mengundang sebak bagi sesiapa yang membacanya.

Ini kisah yang dikongsikan oleh Nurul Ain Arbain di laman Facebooknya.

Adik ni tadi saya jumpa tepi jalan..tengah jalan kaki nak balik rumah dari sekolahnya. Saya tengok macam nak hujan, so saya berhenti la tanya dia nak pergi mana.

Dia kata nak ke Mydin, saya macam terkejut jugak, sebab jauhnya dia nak jalan dari sekolah sampai Mydin dengan bawa beg sekolah berat tu.

Saya tanya la buat apa nak gi Mydin, kenapa tak balik rumah? So dia jawab…

“Abang saudara ambil saya dari Mydin untuk balik rumah, abang saudara bawa kilang, kalau saya lambat abang tak boleh ambil saya. Nanti saya kena jalan kaki balik rumah, jauh aunty, saya lapar.. Dari pagi tak makan apa-apa.

Alamat rumah neneknya yang terletak di Rawang dan barangan keperluan makanan hasil sumbangan mereka yang prihatin.

“Yelah dah pukul 3.30 pm, memang lapar budak ni kan, anak saya sendiri pun balik sekolah mintak makan, inikan dia dari pagi sekolah. Pastu kelas tambahan pulak untuk UPSR. Saya ni dah jadi mak kan, mesti lah saya nak tanya dia pasal mak ayah dia.

“Mana mak? Mana ayah? Kenapa biarkan dia jalan sorang-sorang jauh macam ni, ikutkan dari sekolah nak jalan kaki sampai rumah dia tu boleh makan masa 2 jam 30 minit baru sampai. Tapi.. kalau bawa kereta je dah sampai..

“Ayah maati aunty.. mak lari.. saya tinggal tinggal dengan dato sama nenek.. dato sakiit j4ntung.. nenek sudah tua..” Kau dengar ayat ni kau tak terkejut ke? Ya allah… kau pertemukan aku dengan budak ni untuk ape? Kau nak uji ke?

“Mak lari waktu saya umur 6 tahun.. sekarang saya sudah 12.. ayah mati waktu saya 1 tahun.. mak tinggalkan saya depan rumah nenek.. mak lari mau kawen lelaki lain..”

“Aunty.. saya lapar, saya belum makan 1 hari aunty..”
“Okok.. saya bwk awak pergi makan tapi awak ikut aunty hantar barang sekejap ye sebab aunty kena jumpa orang ni..” Dia pun setuju.

Saya bawa dia makan Drive Thru Mcd. Dia kata tak pernah makan ni. Aduh, hati saya hancuur, dia pun mula cerita hari-hari bawak wang RM1 je ke sekolah. Kadang-kadang kalau penat, lapar dan dahaga dia akan tumpang tidur depan Mydin tu..

RM1 tu dia buat beli roti and air waktu rehat. Pastu habis lah duit tu, kadang-kadang senja baru sampai rumah.. padahal sekolah habis jam 1pm.

Posting terbaru Nurul Ain memaklumkan jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul.

Saya buat keputusan tak nak hantar dia sampai mydin, nak hantar sampai rumah terus. So, saya dapat jumpa nenek dia, memang dah tua. Nenek dia bela 6 orang cucu, mak and ayah kepada cucu tu semuanya, entah lah, saya tak dapat nak cerita panjang pasal ibu bapa budak ini.

Nenek ni cuma mengharapkan bantuan kebajikan je..pastu dapat bantuan kiss RM200..dapatlah beli-beli barang sikit, sewa rumah rm700.. itu pun sedaya upaya la mencari..sambil anak lelaki yang sorang tu kerja bawak van kilang, dapatlah ringankan sikit beban..selebihnye jiran-jiran tolong bagi makanan,sabun,or ape2 lah bentuk sumbangan. Tapi takkanlah hari-hari orang yang sama nak bantu kan?

Saya bukan nak meraih apa-apa pun sebenarnya tapi kalau ada antara anda yang membaca ni terasa nak hulurkan bantuan..insyaallah kita dah meringankan beban seseorg yang lain..jika anda nak turut membantu..insyaallah saya boleh jadi orang tengah nye.

Boleh bankin duit sumbangan tu and saya pass kepada nenek adik ni..ada antara anda yang nak bantu dari segi kewangan or barang or makanan or apa-apa je lah..boleh PM saya terus ye?

Kita ringankan beban orang lain..insyaallah Allah ringankan bebanan kita. Kesian adik ni..semoga dia berjaya.Sejak posting itu dibuat pada 4 April lalu, Nurul Ain memuat naik satu posting memaklumkan sehingga kini kutipan bagi membantu ‘Adik Mydin’ telah mencecah RM5,625.

Sumber : Freemalaysiatoday via FB Nurul Ain Arbain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *