Guna kurier kirim daun ketum, tapi tiada yang tuntut – Polis Sabah

Nasional

POLIS merampas enam kilogram daun ketum di sebuah syarikat perkhidmatan kiriman cepat di sini pada Selasa yang dikirim dari Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata rampasan dibuat selepas tiada individu tampil menuntut kiriman itu.

Kes disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, katanya dalam kenyataan, di Kota Kinabalu, Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang seminggu operasi membanteras dadah di kawasan Likas dan Tanjung Aru sehingga semalam, polis menahan 57 orang dengan 12 ditangkap kerana memiliki dadah dan baki atas kesalahan urin positif dadah.

Menurutnya 38 yang ditahan adalah warga tempatan dan 19 warga asing yang kesemuanya berusia 18 hingga 53 tahun.

Sepanjang tempoh itu juga polis merampas kira-kira enam kilogram dadah, katanya. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *