Ifa Raziah dan Kak KM goyang punggung, netizen mendoakan mereka dapat hidayah

Hiburan

Usahawan kosmetik iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali dengan Kak KM yang seperti orang ramai tahu, dirinya sering memuat naik video serta gambar yang berunsurkan aksi lucah untuk menjual dan mempromosikan produk kosmetiknya di laman media sosial.

Jadi, baru-baru ini, anak kepada Normah Damanhuri telah memuat naik sebuah video bersama rakan selebritinya iaitu pelakon Ifa Raziah ketika menyambut majlis ulang tahun Ifa yang ke-43.

https://www.instagram.com/_u/km_lianarosli/?utm_source=ig_embed&ig_mid=W8JoQwABAAHGeg5yyNvy-lGRiI5b

Menerusi rakaman video tersebut, dua orang selebriti Malaysia itu telah menunjukkan aksi lucah sehingga menggoyang-goyangkan serta sengaja menonggekkan punggung mereka di hadapan kamera dan khalayak orang ramai tanpa rasa malu.

Berdasarkan kapsyen posting tersebut, Kak KM mendedahkan skirtnya terkoyak semata-mata ingin mempromosikan produk ubat kurus pelakon Ifa Raziah.

Seperti biasa, netizen telah membanjiri ruangan komen dengan mendoakan supaya mereka berdua mendapat hidayah Allah. Malah, ada juga yang mengingati bahawa laut merah sudah mula kering yang menandakan hari kiamat sudah hampir dan dajjal akan keluar.

Sumber : Liana Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *