Jangan bina mahligai atas tangisan seorang isteri – Ustaz Ebit

Nasional

KECOH di media sosial kisah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi yang menceraikan isterinya ketika hamil untuk berkahwin lain.

Kisah tular ini turut menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Ustaz Ebit turut berkongsi rasa kesedihan dan juga pelbagai pesanan untuk renungan bersama.
“Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain.

“Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham,” katanya.

Katanya, hadiah paling mahal ibu bapa kepada anak-anaknya ialah cara didikan agama dan contoh kasih sayang kedua ibu bapanya.

Dalam pada itu, Ebit turut berdoa agar ALLAH menyelamatkan rumah tangga pasangan ini dan rumah tangga kita semua.

“Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak,” katanya.

Menurut Ebit lagi, sewaktu beliau turun berdakwah di jalanan, kelihatan wajah sedih anak-anak ini yang datang dari keluarga yang bercerai-berai.

“Buat yang telah diuji terus kuat ya. Kita ada ALLAH. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan ALLAH. Semoga ALLAH selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik untuk semua,” tulisnya.

Tambah Ebit, untuk ingatan diri sendiri dan semua, isteri merupakan amanah ALLAH untuk dipimpin dan bimbing ke syurga.

“Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian. Kita sayang kerana ALLAH, kalau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk reda ALLAH. Lihat isteri, kenangkanlah ibu kita, kenangkan anak perempuan kita, kenangkanlah,” tulisnya lagi menerusi hantaran bersama video itu.

View this post on Instagram

Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya . Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini dan semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua. . . Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah.. Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz? Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka.. Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas. Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.. Semoga Allah terima dan bantu kita semua. Pohon doa oktober 2019 tour keluargasunnah seluruh Malaysia. ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Sumber : sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *