“Ketika Kami Berpisah Pun, Ramai Pesan Jangan Tutup…,” – Percaya Perancangan Allah, Fizo Omar & Mawar Akhirnya Tutup Operasi Restoran

Hiburan

Perkahwinan yang dibina sejak November 2013 akhirnya terlerai apabila pelakon Fizo Omar dan Mawar Rashid reda jodoh mereka berakhir 10 Julai lalu.

Bukan sahaja ikatan perkahwinan terlerai, malah perusahaan restoran yang dibina bersama iaitu FizoMawar’s Kitchen (FMK) juga akan ditutup operasi 27 Oktober depan.

Kongsi Fizo atau mesra disapa Abe Joe, dia membuat membuat pengumuman secara terbuka menerusi Facebook, awal hari ini.

“Sebenarnya berat untuk saya umumkan dan buat keputusan ini. Kami (Fizo dan Mawar) sudah berbincang dan kami sepakat untuk bersetuju tamatkan operasi Fizo Mawar’s Kitchen (FMK) di Bangi dan Kota Bahru.

“Banyak kenangan dan usaha yang kami lakukan seperti wang ringgit yang telah dilaburkan, tapi mungkin itu yang terbaik,” katanya sebak.

Fizo bagaimanapun akur dengan keputusan yang dibuat bersama untuk menutup restoran yang menyajikan pelbagai hidangan panas Thai.

“Apabila dah jadi seperti ini, pelbagai perasaan yang saya tempuhi seperti perasaan dengan pelanggan.

“Ketika kami berpisah pun ramai pesan supayan jangan tutup, terutama pelanggan tetap kami kerana mereka sudah sebati dengan makanan di FMK (FizoMawars’ Kitchen).

“Tapi saya percaya, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami,”kongsinya yang memulakan operasi restoran tersebut sejak 2015.

Saya & Mawar dah berbincang & kami dah bersepakat untuk………

Posted by Fizo Omar on Thursday, October 10, 2019

Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini juga memohon maaf khusus kepada para pelanggan dan rakan selebriti yang tidak putus-putus menikmati makanan di restoran itu.

“Saya minta maaf kepada mereka khususnya pelanggan dan rakan selebriti yang datang ke restoran kami setiap minggu. Saya tahu ramai yang terkejut dan ada juga yang tak boleh terima kenyataan.

“Tapi Alhamduliilah restoran kami dapat berkongsi rezeki dengan 100 orang pekerja,” akurnya yang kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan majlis bersama peminat dan pelanggan bersempena penutupan operasi restoran tersebut.

Video : Facebook Fizo Omar