Lelaki Ini Kongsi Maksud Sebenar Lafaz Taklik Ketika Nikah Sehingga Mendapat Lebih 6k ‘shares’ Di Twitter,

Islamik

Mungkin ada segelintir masyarakat yang masih belum tahu apa itu lafaz Taklik ketika nikah. Lafaz taklik adalah lafaz (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan.

Image via YouTube

Lafaz Taklik bermaksud seorang suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Namun zaman sekarang ini, mungkin ramai yang tidak begitu faham apa itu maksud sebenar lafaz Taklik ini. Ianya merupakan perjanjian yang harus ditepati, bukan sekadar melafazkan.

Seorang lelaki di laman Twitter iaitu Zulkhairi telah menyuarakan pendapatnya mengenai kepentingan lafaz Taklik ini. Jika anda tidak bersedia untuk berkahwin dan menganggap bahawa lafaz ini sekadar untuk mencukupi syarat, anda salah.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

Lafaz Taklik membawa maksud yang besar, jangan hanya kerana anda terlalu gembira untuk berkahwin, anda lupa dengan apa yang dijanjikan dalam lafaz itu

Image via Twitter @ZulkhairiKE

Sentiasa ingat segala bentuk perjanjian yang telah dibacakan selepas akad nikah. Tidak kira dari segi makan, pakai, tempat tinggal dan sebagainya. Yang dijanjikan, harus ditunaikan.

Image via Twitter @ZulkhairiKE

Anda seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberi nafkah yang secukupnya kepada keluarga seperti yang dilafazkan

Image via Twitter @ZulkhairiKE

Pernah terjadi di depan mata apabila terpaksa melihat seorang wanita bergelar ibu dan isteri yang terseksa selepas perkahwinan. Suami perlu berusaha lebih untuk mencari punca rezeki.

Image via Twitter @ZulkhairiKE

Suami tidak seharusnya kedekut dan berkira ketika memberikan duit kepada isteri dan keluarga. Sentiasa percaya rezeki akan ada di mana-mana. Namun, tanggungjawab tidak boleh dilupakan.

Image via Twitter @ZulkhairiKE

Jika masih belum cukup ilmu mengenai alam perkahwinan, timba sebanyak yang mungkin

Image via Twitter @ZulkhairiKE

Kesimpulannya, kaum Adam di luar sana, jangan ambil ringan tentang lafaz Taklik yang anda sendiri lafazkan. Janji harus ditepati ya.

Image via Ndd Wedding Surabaya

Sumber: SAYS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *