“Menjadi Salah Satu Impian Andai Ada Di Antara Mereka Bergelar Al-Hafiz,” – Syukur, Anak Sulung Siti Sarah Siti Sarah Dapat Top 2 Pertandingan Hafazan

Hiburan

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi salah satu entri Instagram.

Sarah turut berdoa agar anak-anaknya membesar menjadi anak soleh.

“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai ada di antara mereka yang menjadi al-Hafiz.

“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.

https://www.instagram.com/_u/sitisarahraissuddin/?utm_source=ig_embed&ig_mid=XWX-iwABAAFCY89UDLgJ-TTtUQA6

“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecenderungan anak-anak.

“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah yang mengharapkan yang terbaik buat anak-anak tersayang.

Sekadar mengimbas, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak yang juga penyampai radio, Shuib pada tahun 2011.

Pasangan ini telah pun dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Foto: Instagram Siti Sarah