Netizen Lancar Kempen Boikot Keluarga Normah Damanhuri….

Hiburan

Susulan kejadian tarian berunsur luc4h di majlis perkahwinan pelakon dan model, Ahya Rosli bersama pasangannya, Shahirah Sanusi minggu lalu, netizen terus-menerus memberi pengajaran kepada keluarga itu.

Tidak hanya mengecam, netizen kini telah melancarkan kempen untuk memboikot keluarga Normah Damanhuri termasuklah anak-anaknya, Ahya Rosli dan Liana Rosli (Kak KM).

Menerusi satu status di Facebook, pengguna Ajwad Rawk melancarkan kempen boikot tersebut dan ia nampaknya mendapat persetujuan ramai.

Ada juga netizen yang telah melaporkan laman Instagram Ahya dan Kak KM kepada pihak Instagram. Tidak cukup ahli keluarga, netizen turut mahu memboikot produk jamu keluaran Kak KM.“Kempen memboikot sampah masyarakat! Mereka memalukan agama Islam!”, tertera di poster boikot tersebut.

Status itu sehingga kini telah mendapat 3,400 perkongsian dan 2,000 komen.

Sumber foto: Facebook Ajwad Rawk, Instagram Ahya Rosli dan Kak KM.