Rafizi Dipukul Di Keningau Ketika Melawat Pusat Mengundi PKR. Ini tidak balas Rafizi selepas itu

Politik

KOTA KINABALU 3 Nov. – Keputusan pemilihan PKR Pusat di Cabang Kota Kinabalu bagi jawatan Timbalan Presiden memihak kepada Rafizi Ramli yang memperoleh 440 undi berbanding pesaingnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendapat 120 undi.

Cabang itu turut memilih Nurul Izzah Anwar untuk mengisi jawatan Naib Presiden dengan jumlah 498 undi.

Sementara itu, Ketua Cabang Kota Kinabalu, Datuk Christina Liew berjaya mempertahankan jawatannya selepas memperoleh sebanyak 541 undi mengatasi pesaingnya. – UTUSAN ONLINE
Rafizi Dipukul

Pencabar timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata diserang di Keningau, Sabah tengahari tadi

Rafizi memberitahu Malaysiakini seorang lelaki mendekatinya dari tepi dan memukul kepalanya ketika beliau sedang meninggalkan pusat pengundian sekitar jam 4 petang tadi.

“Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.

“Malah, kejadian itu berlaku di hadapan semua orang, termasuklah anggota polis. “Saya akan membuat laporan polis terhadapnya,” jelas Rafizi.

Rafizi juga mendakwa pengundian di Keningau dibatalkan kira-kira sejam sebelum ditutup menyebabkan kekecohan di kalangan anggota parti yang menunggu sejak pagi tadi.

VIDEO:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *