Ronaldo ‘terlepas’ Ballon d’Or?

Arena Dunia

BEBERAPA akhbar Itali melaporkan bahawa penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo akan terlepas peluang meraih gelaran Ballon d’Or.

Gazzetta dello Sport, Corriere dello Sport dan La Stampa adalah antara akhbar yang percaya bahawa anugerah berprestij itu tidak akan dimiliki oleh Ronaldo atau Lionel Messi.

Il Corriere secara khususnya merujuk kepada video yang diterbitkan oleh L’Equipe ketika mempromosikan acara itu pada 3 Disember, ia dimulakan dengan imej kemenangan Ronaldo pada tahun lepas.

Bagaimanapun, pemain Portugal itu diikuti oleh Kylian Mbappe, Raphael Varane (gambar) dan Luka Modric, sebelum rakaman tersebut berehat seketika.

Varane telah mencapai kemenangan menerusi Piala Dunia dan Liga Juara-Juara pada tahun ini, dan pemain Perancis itu mungkin menjadi pemain pertahanan pertama yang akan memenangi anugerah Ballon d’Or sejak ia dirangkul oleh Fabio Cannavaro pada 2006.

Selain itu, penerbitan tersebut turut menyatakan bahawa ketiadaan penyarung jersi No 7 itu sebahagiannya dikaitkan dengan keputusannya meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juve.

Pemain berusia 33 tahun itu telah memenangi lima Ballon d’Or sepanjang kerjayanya dan baru-baru ini mendakwa dia layak untuk menerimanya sekali lagi.

Sumber – Football Italia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *