Tanda Sakit Buah Pinggang & Cara Atasinya

Kesihatan

Buah pinggang adalah organ wajib ada pada tubuh manusia. Tanpa buah pinggang, manusia akan mati. Cubalah keluarkan organ ini dari tubuh manusia. Jika manusia itu masih dapat bernafas tanpa sekurang-kurangnya satu buah pinggang kekal berfungsi, ini ajaib.

Sebenarnya hampir mustahil. Begitulah peri pentingnya organ asas bernama buah pinggang (kidney) ini kepada manusia.


Ada banyak organ lain pada tubuh manusia. Namun, sebahagian organ tidak seperti buah pinggang. Banyak organ yang boleh ada dan boleh tidak ada pada tubuh manusia. Tanpanya tidak menyebabkan kematian. Contohnya seperti tangan, kaki dan buah dada.

Begitu sekali peri pentingnya buah pinggang kepada hayat manusia, justeru penjagaannya adalah vital. Ia mesti dicermati dan ditantang sebagai nyawa!Tidak ramai daripada kita mempunyai pengetahuan cukup mengenai penyakit buah pinggang, termasuklah penyakit buah pinggang kronik (Chronic Desease Kidney – CKD) yang memerlukan rawatan hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

Ada banyak tanda yang boleh mengenalkan kita kepada penyakit kronik ini.Tanda-tanda berkenaan juga bergantung pada tahap keseriusan penyakit berkenaan.Antara tanda umum penyakit buah pinggang menuju tahap kronik atau berada pada tahap kronik ialah
Loya atau muntah
Hilang selera makan
Letih dan lemah
Tidak dapat tidur nyenyak
Perubahan pada jumlah dan rupa kencing
Kurang tumpuan dan ketajaman mental.
Tanda lain ialah
Berlaku kelemahan dan kekejangan otot
Bengkak kaki dan buku lali
Gatal secara berterusan
Sakit dada
Sesak nafas.

Ketika tahap ini, bacaan tekanan darah tinggi juga meningkat mendadak, malah mungkin sukar dikawal.

Bagaimanapun, dalam kes tertentu, ada kebarangkalian semua tanda berkenaan tidak nampak atau tidak dirasa ketika peringkat awal kerosakan buah pinggang.

Ia biasanya hanya dialami apabila masalah kegagalan fungsi buah pinggang sudah sampai pada tahap kronik atau baru memasuki tahap kronik.

Justeru, satu-satunya cara sesuai ialah menerusi ujian kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang anda.

Ini terutama jika seseorang menghadapi masalah kesihatan sedia ada seperti diabetes dan tekanan darah tinggi serta ada sejarah keluarga mengalami masalah kegagalan buah pinggang. Mereka berusia lebih 60 tahun juga patut diperhatikan.

Apabila membuat pemeriksaan kesihatan, maklumkan kepada doktor perubatan mengenai masalah kesihatan yang anda hadapi, termasuk diabetes dan tekanan darah tinggi atau mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit buah pinggang.

Pemeriksaan awal itu penting!

Ini kerana apabila berlaku penurunan ketara dan mendadak dalam fungsi buah pinggang, ia boleh menyebabkan pembentukan toksin serta kotoran dalam darah. Inilah yang akan menyebabkan letih, lemah dan kesukaran memberi tumpuan.Antara tanda penting lain yang perlu diperhatikan ialah pada kuantiti dan rupa air kencing.

Apa yang perlu diperhatikan ialah sama ada air kencing berbuih atau tidak.


Air kencing yang berbuih kemungkinan besar ada kaitan dengan masalah fungsi buah pinggang!

Jika anda membuang air kencing lebih kerap, terutamanya pada malam, ini juga satu daripada tanda penyakit buah pinggang selain jangkitan kencing atau pembesaran prostat pada lelaki.

Apabila penapis buah pinggang rosak, ia boleh menyebabkan peningkatan keinginan untuk membuang air kecil. Dan, apabila penapis buah pinggang rosak, sel-sel darah juga boleh mula bocor ke dalam air kencing.

Justeru, jangan remehkan pemeriksaan awal. Bertindak sekarang. Buah pinggang anda adalah nyawa!

Bagaimana cara mencegah dan merawat sakit buah pinggang yang betul?Menurut Dr Azlan, yang merupakan seorang pakar dalam bidang toksikologi, perubahan gaya hidup pada masa kini yang tidak sihat telah memberikan impak yang sangat besar kepada kemerosotan tahap kesihatan tubuh badan manusia.

Fakta yang paling sahih dan tidak dapat disangkal telah menunjukkan rakyat Malaysia menduduki tangga pertama bagi masalah kegemukan di Asean.

Mereka yang obese amat berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi.dan jantung. Komplikasi ketiga-tiga penyakit ini jika tidak dirawat segera akan menyebabkan buah pinggang menjadi rosak!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *