“Tolong sampaikan kepada dia dan keluarga…” – Gambar Terpacak Atas Kubur Kerana Perbuatan Sihir

Islamik

Satu posting di Facebook viral beberapa jam lepas, menarik perhatian ramai netizen. Posting tersebut disertakan dengan beberapa gambar dan sehingga kini dah mendapat lebih 14,200 perkongsian.

“Kepada sesiapa yang mengenali orang ini tolong sampaikan kepada dia dan keluarganya bahawa dia dan keluarganya disihir.”

Patutlah cepat dapat perhatian, rupa-rupanya posting tu menunjukkan beberapa keping gambar sebuah keluarga yang dijumpai. Terdapat tiga keping gambar yang dijumpai, telah dikoyak dan diconteng dengan tulisan yang tidak difahami, dipercayai atas tujuan sihir.

Individu yang menjumpai gambar tersebut berkata, dia jumpa semuanya tu dekat kawasan perkuburan di Alor Setar.

“Kami jumpa gambarnya dan keluarga dibalut dengan sebatang lilin setiap seorang, terpacak di atas perkuburan Kampung Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar.”

Sumber: Facebook

Daripada 3 keping gambar itu, dua daripadanya adalah gambar wanita dan sekeping lagi gambar seorang lelaki. Ramai bercerita yang keluarga ini mungkin dikenakan sihir pemisah daripada bomoh siam.

Ada juga yang berkongsi pernah jadi mangsa perbuatan sihir daripada bomoh siam, tak kurang juga yang memberitahu bahawa kebiasaannya mangsa akan ambil masa yang lama untuk buang sihir daripada bomoh siam.

“Mak aku 10 tahun berubat penangan sami siam ni…”

“Mak saya sampai meninggal kerana sami siam ni, kes dengki sama-sama berniaga.”

“Pakai bomoh siam, susah nak berubat kalau kena ni…”

“Ambik masa lama nak berubat kalo kena dgn tok sami siam… Ada yang sampai meninggal… Saya dah tengok kes ni berpuluh-puluh kali depan mata.”

Tapi ada juga netizen yang berpendapat bahawa tulisan itu bukan tulisan thai sebaliknya dari negara lain seperti Kemboja atau Myanmar.

Sumber: Facebook

Seriau admin tengok. Moga kita semua dijauhkan dari perbuatan dengki dan khianat… Baca artikel bawah ni untuk tips elak disihir atau santau!

Sumber : lobakmerah.com

‘Hanya dengan gambar sahaja keluarga ini disihir’

Seringkali diingatkan agar berpada-pada apabila berkongsi gambar atau kebahagiaan diri di media sosial kerana mungkin ada segelintir individu yang tidak menyenangi apa yang dinikmati oleh anda. Akibatnya? Ia boleh membawa kepada penyakit Ain.

Viral di media sosial perkongsian dari wanita ini agak mengerunkan netizen kerana gambar tersebut dipenuhi dengan ayat-ayat yang membawa kepada kebinasaan. Berhati-hati gais.

TOLONG jangan sentiasa show off kebahagiaan anda di media sosial. Ini adalah contoh daripada orang yang ada penyakit ‘ain’. Hanya dengan gambar sahaja. Gambar ini disihir dengan perkataan “Talak/Kebencian/Pisah”. Yang lain-lain, tak tahu. Siapa yang tahu, boleh rungkaikan.

Ini baru dalam bentuk gambar, ada yang dapat depan-depan secara live pun ada. Dikenali sebagai ‘ain’. Ain ini ramai orang tak sedar, banyak manusia yang sakit tanpa sebab, harta yang rosak tiba-tiba, gara-gara Ain. Setiap pandangan manusia harus dihati-hatikan. That’s why jangan terlalu menunjuk kecantikan.

Ain adalah penyakit hasad dengki. Kadang-kadang kita sihat walafiat, tapi tiba-tiba jatuh sakit, keluar masuk klinik. Hasad dengki ini datang daripada orang-orang yang mencemburui kita dalam diam. Panahan mata hasad dengki ini boleh menjatuhkan hidup anda.

Jangan terlalu menunjuk kecantikan isteri, kesegakan suami, kecomelan anak, kecanggihan gajet, kemegahan kereta yang kita ada itu. Semuanya mengundang pandangan yang buruk. Kadang-kadang kita tak sedar kita pandang sesuatu dengan iri hati dan hasad dengki.

Selalu nampak orang berniqab di mana-mana? Nak tahu salah satu sebab mereka pakai niqab adalah untuk mengelakkan ain. Orang yang memakai niqab ini tidak akan terkena sihir walaupun sihir menggunakan gambar dan sebagainya. Itu salah satu keistimewaannya. InsyaAllah.

Pandangan kita boleh membinasakan sesuatu itu. Langkah berjaga-jaga, berkatalah “MasyaAllah” setiap kali kita memandang sesuatu yang menakjubkan. Semoga bermanfaat, selamat beramal.

Sumber: @ESabriena via thereporter.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *