Tunku Idris sertai politik?

Politik

TUNKU Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim akan melepaskan kedudukannya sebagai kerabat diraja Johor dan menyertai politik?

Itu persoalan yang timbul dalam kalangan netizen selepas tular paparan skrin di laman sosial menunjukkan gambar putera raja berkenaan dengan kenyataan beliau akan terlibat dalam PRU akan datang.

Gambar paparan skrin itu memaparkan Tunku Idris lengkap berpakaian rasmi diraja berserta dengan keterangan ‘I am running #PRU15″ (saya bertanding PRU15).

Pautan gambar itu mula tular sejak awal pagi Isnin didakwa diambil daripada ruangan Instagram Story akaun peribadi putera sulung Sultan Ibrahim tersebut, tetapi sudah dibuang selepas itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Tunku Idris memuat naik Instagram Story berkenaan kerana semakan pada laman Instagram milik beliau mendapati tiada sebarang kenyataan dimuat naik ditularkan.

Tinjauan di ruangan komen, Instagram putera raja itu kemudiannya mendapati rata-rata daripada pengikutnya memohon beliau merealisasikan gambaran bertanding sebagai wakil rakyat tersebut.

Terdapat juga netizen yang menyarankan putera raja berusia 31 tahun itu untuk bertanding di Parlimen Muar yang kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – Sinar Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *